SEKOLAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN JALAN YAHYA AWAL

80100 JOHOR BAHRU

Rabu Disember 09, 2009

Home
Sejarah
Pentadbiran
PIBG
Agenda Sekolah
Photo Gallery
Contact

 

 

SEJARAH SEKOLAH 

 

1.

Pada tahun 1959 tapak pasar Jalan Yahya Awal diubahsuai, lalu dijadikan bangunan sekolah iaitu cawangan S.I.G.S Primary Girls’ School dengan murid seramai 400 orang. Wakil Guru Besar ialah Pn. Rafe’ah Binti Datuk Abdul Rahman dan wakil sesi petang ialah Y.M. Ungku Esah Binti Engku Abu Bakar.

Wakil Guru Besar ialah Pn. Rafe’ah Binti Datuk Abdul Rahman dan wakil sesi petang ialah Y.M. Ungku Esah Binti Engku Abu Bakar.

 

2.

Pada tahun 1961 sekolah ini berpisah dari SIGS dan menjadi Primary Girls School Jalan Yahya Awal. Guru Besar yang pertama ialah Pn. Rafe’ah Binti Datuk Abd Rahman.

 

3.

Pada tahun 1963 sebuah bilik muzik telah dibina.

 

4.

Sekolah mempunyai padang sekolahnya sendiri pada tahun 1964. Pada tahun 1964 jumlah murid seramai 900 orang dan sebilangan murid sekolah ini ditumpangkan di bangunan Sek Abdul Rahman Andak di sebelah petang di bawah penyeliaan Cik Zaleha Binti Mahmood.

 

5.

Pada tahun 1968 sekolah ini bertukar nama kepada Sek. Ren. Keb.(P) Jalan Yahya Awal, Johor Bahru.

 

6.

Pada tahun-tahun berikutnya banyak bangunan tambahan telah dibina seperti:-

6.1  Bangunan tambahan dua tingkat dibina pada tahun 1970 dengan

       mempunyai 4 bilik darjah, 1 tandas murid dan 2 tandas guru serta kantin.

6.2    Pada tahun 1978 sebuah surau sekolah telah dibina oleh PIBG  sekolah ini.

6.3    “Astaka Sekolah” telah dibina oleh PIBG pada tahun 1981.

6.4    PIBG telah membina sebuah bilik Klinik Gigi dan sebuah bilik Perpustakaan pada tahun 1982.

6.5    Pada tahun 1989 bangunan tambahan tiga tingkat telah siap dibina dan mengandungi sebilik pusat sumber, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, 8 buah bilik darjah dan kemudahan tandas guru dan murid.

6.6    Pada tahun yang sama juga, sebuah pentas Dewan telah dibina oleh PIBG di bangunan tiga tingkat ini.

6.7    Pada 1999 sebuah makmal komputer dibina oleh PIBG

6.8    Bangunan baru 4 tingkat 2 blok telah siap dibina pada 2002 mengandungi sebuah perpustakaan, sebuah makmal sains, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kemahiran hidup, stor sukan, sebuah makmal komputer, bilik guru, kantin sekolah, pusat sumber dan 8 buah kelas serta kemudahan bilik persalinan di dalam tandas serta tandas guru.

6.9    Pada 1 Januari 2006 pra sekolah mula beroperasi.

6.10 Pada Mei 2007 sebuah pusat akses telah dibentuk

6.11 Pada akhir tahun 2007, PIBG menyediakan kemudahan internet pada semua komputer sekolah, termasuk makmal komputer yang dibina oleh PIBG.

6.12 Pada 4 Mac 2008 Laman Web Sekolah telah dibina oleh PIBG.

      

7.

Seramai sebelas orang guru besar telah berkhidmat di sekolah ini, sejak 1961 hingga 2007.

 

8.

Mulai 1 November 2007, Pn. Sarifah Binti Abdullah menjalankan tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini.

8.1    Pelajar sekolah seramai 351 orang murid sesi pagi.

8.2    Seramai 26 orang guru, seorang pembantu tadbir, seorang pembantu am rendah dan 3 orang pekerja serta seorang jaga swasta yang bertugas di sekolah ini.

 

Home | Sejarah | Pentadbiran | PIBG | Agenda Sekolah | Photo Gallery | Contact

This site was last updated by SKPJYA  Rabu, 09 Disember 2009